Isnin, 2 March 2020 | 8:39pm
Datuk Yusli Mohamed Yusoff. - Foto NSTP
Datuk Yusli Mohamed Yusoff. - Foto NSTP

Yusli dilantik Timbalan Pengerusi FGV

KUALA LUMPUR: Pengarah FGV Holdings Bhd, Datuk Yusli Mohamed Yusoff dilantik sebagai Timbalan Pengerusi syarikat berkuat kuasa serta merta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata peranan Yusli sebagai Timbalan Pengerusi turut merangkumi peranan sebagai pengarah bebas kanan.

Menurut Laporan Tahunan FGV 2018, Yusli menyertai lembaga pengarah FGV pada September 2018.

Pengalamannya merentasi sektor kejuruteraan, konglomerat dan pasaran modal.

Beliau berkhidmat memegang pelbagai jawatan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Bursa Malaysia Bhd.

Berita Harian X