Jumaat, 20 March 2020 | 4:47pm
ALLIANCE Bank Malaysia Bhd
ALLIANCE Bank Malaysia Bhd

COVID-19: Alliance Bank tawar ansuran pinjaman

KUALA LUMPUR: Alliance Bank Malaysia Bhd menyediakan moratorium bagi ansuran pinjaman dan penstrukturan semula atau penjadualan semula pinjaman bagi pelanggan yang terjejas akibat daripada penularan pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Joel Kornreich berkata, setakat ini bank itu telah meluluskan pembiayaan berjumlah hampir RM70 juta kepada perniagaan dan pengguna yang terjejas di bawah beberapa inisiatif bantuan, yang mana satu daripadanya adalah Kemudahan Pembiayaan Khas COVID-19 bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Sekarang ini adalah tempoh yang mencabar bagi semua orang. Kita tahu bahawa pemilik perniagaan bergelut untuk mengekalkan aliran tunai perniagaan mereka dan indivitu juga menerima kesan dari segi kewangan akibat daripada situasi ketika ini. Kami telah melanjutkan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan.

“Pengurus perhubungan kami aktif melibat urus dengan pelanggan kami untuk membincangkan, menilai dan menyesuaikan penyelesaian yang tepat bagi mereka dalam masa mereka memerlukan. Selain itu, semua pelanggan Alliance Bank akan menerima rebat fi bagi setiap urus niaga MEPs ATM bemula 26 Mac 2020, bagi sebulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara langkah-langkah yang ditawarkan oleh bank itu untuk membantu meringankan bebanan kewangan pelanggannya adalah Kemudahan Pembiayaan Khas COVID-19, Moratorium bagi Pembayaran Pinjaman/Pembiayaan, Penstrukturan Semula Pinjaman dan Akses Perbankan Digital.

-BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X