Selasa, 24 March 2020 | 2:15pm
Coway Malaysia menyumbangkan 100,000 topeng muka tiga lapisan kepada polis.
Coway Malaysia menyumbangkan 100,000 topeng muka tiga lapisan kepada polis.

Coway Malaysia sumbang 100,000 topeng muka kepada PDRM

SHAH ALAM: Coway Malaysia menyumbangkan 100,000 topeng muka tiga lapisan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu majlis sederhana yang diadakan, di sini, baru-baru ini.

Langkah untuk mengedarkan topeng muka ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac hingga 31 Mac, adalah selaras dengan visi Coway sebagai syarikat yang berusaha untuk menjadikan dunia lebih baik, lebih selamat dan bersih.

Lebih-lebih lagi, untuk tenaga kerja polis yang mendedikasikan kehidupan mereka bagi menjaga keamanan negara, di samping mengekalkan undang-undang dan perintah, sepanjang tempoh yang mencabar ini.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi Ki Ryong, berkata sebagai warganegara korporat Malaysia, Coway memainkan peranannya untuk menyumbang topeng kepada PDRM dan ia untuk menunjukkan, penghargaan syarikat itu kepada pasukan PDRM terhadap pengorbanan dan sumbangan mereka ketika Malaysia memerlukan.

“Walaupun saintis berlumba-lumba mencari vaksin untuk pandemik global ini, terdapat kekurangan topeng muka dalam kemelut dihadapi ini.

"Di sinilah kami berusaha untuk menyediakan sokongan yang relevan untuk menjaga kesihatan dan kebajikan anggota PDRM yang juga menjadi antara barisan hadapan dalam menangani cabaran ini," katanya.

Beliau menambah, bahawa Coway komited dalam usaha mereka untuk menyokong kerajaan Malaysia untuk memerangi COVID-19 hingga ke akhir.

Mengulas mengenai sumbangan itu, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi PRDM, Pesuruhjaya Komisioner, Datuk Sri Rosli Ab Rahman, berkata dengan bilangan kes yang meningkat, terutama sejak beberapa minggu kebelakangan ini, anggota polis sememangnya berisiko ketika mereka menjalankan tugasan KPK selama dua minggu.

“Topeng muka adalah keperluan paling penting bagi anggota polis untuk mengurangkan risiko pendedahan penularan wabak. Oleh itu, bagi pihak PDRM, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Coway atas sokongan dan kemurahan hati mereka menyumbangkan topeng muka.

“Sumbangan ini memberi kami galakan dan motivasi untuk terus menjalankan tugas kami untuk negara kami," katanya.

Coway, sebagai peneraju global dalam industri perkakas rumah, dikenali sebagai Syarikat Life Care sejak tahun 2006 di Malaysia.

Sejak itu, syarikat itu sangat menyokong kepentingan kebersihan, secara peribadi dan profesional kerana ini adalah asas asas untuk komuniti yang sihat.

Dengan kenaikan kes COVID-19, baru-baru ini di Malaysia, Coway mengingatkan rakyat Malaysia bahawa cara terbaik untuk membendung virus adalah untuk mengelakkan diri daripada bersentuhan atau terdedah kepada virus.

Selain itu adalah penting, untuk memakai topeng muka dengan betul untuk memastikan keberkesanannya, dan perlu membersihkan dan membasuh tangan dengan kerap.

Rakyat Malaysia juga perlu mematuhi PKP dan mengelakkan tempat yang sesak dan ada penjarakan sosial bagi memastikan udara tertutup segar dan bersih.

Untuk maklumat lanjut mengenai Coway Malaysia, sila layari www.coway.com.my atau ikuti Coway Malaysia di Facebook @CowayMalaysia dan Instagram @officialcowaymalaysia.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X