Jumaat, 29 Mei 2020 | 2:33pm
Hong Leong Financial Group Bhd (HLFG)
Hong Leong Financial Group Bhd (HLFG)

Untung bersih 9 bulan HLFG RM1.3 bilion

KUALA LUMPUR: Hong Leong Financial Group Bhd (HLFG) meraih keuntungan bersih RM1.3 bilion bagi sembilan bulan berakhir 31 Mac 2020, lapan peratus lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu.

Usaha dalam perkhidmatan kewangan Islam terus menunjukkan hasil, apabila keuntungan bersih daripada perniagaan perbankan Islam dan takaful bagi tempoh dikaji meningkat 13.4 peratus kepada RM673.8 juta berbanding tempoh sama tahun lalu.

Sumbangan perniagaan Islam kepada keuntungan sebelum cukai HLFG adalah 13.9 peratus.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif HLFG, Tan Kong Khoon, berkata di tengah-tengah persekitaran perniagaan amat mencabar dengan ekonomi domestik dan global terkesan oleh pandemik COVID-19, kumpulan kekal berjaha-jaga menguruskan risiko perniagaan penting secara berhemah.

HLFG juga, katanya menjangkaka kekuatan teras operasi perniagaannya dari segi kecairan, modal dan disiplin kredit akan memberikan kelebihan kepada kumpulan.

"Walaupun tawaran digital yang mantap membolehkan kami berhubung dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan semasa tempoh sukar ini, kami akan terus mengukuhkan strategi digital untuk membina nilai mampan jangka panjang kepada pemegang saham," katanya dalam satu kenyataan.

Berita Harian X