Selasa, 7 November 2017 | 2:32pm
KETUA Pegawai Eksekutif Funding Societies Malaysia, Wong Kah Meng. - Foto Supian Ahmad

Dana diraih menerusi platform P2P dijangka cecah RM230j

KUALA LUMPUR: Jumlah dana yang diraih menerusi platform pembiayaan rakan setara atau peer-to-peer (P2) di Malaysia dijangka meningkat kepada RM230 juta tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Funding Societies Malaysia, Wong Kah Meng, berkata dalam tempoh lapan hingga 10 bulan lalu, sejumlah RM17 juta dana diraih membabitkan lebih 8,000 pelabur.

Beliau berkata, sebanyak 52 syarikat kecil dan sederhana (PKS) menerima pembiayaan daripada platform pembiayaan P2P.

"Meskipun platform P2P baru diperkenalkan, ia mendapat sambutan menggalakkan," katanya ketika ditemui pada Persidangan Kewangan Digital SCxSC 2017 di sini, hari ini.

Wong berkata, antara sektor PKS yang memperoleh pembiayaan menerusi platform P2P ialah makanan dan minuman, perdagangan runcit, perdagangan borang dan hartanah.

Platform P2P diperkenalkan bertujuan untuk meluaskan saluran pendanaan kepada PKS.Ketika ini, terdapat enam pengendali platform P2P di Malaysia.

Berita Harian X