Selasa, 16 Januari 2018 | 7:51pm
PENGARAH Urusan Serantau Shopee, Ian Ho.- Foto Syarafiq Abd Samad

Shopee tawar hadiah lebih RM1 juta

KUALA LUMPUR: Platform eDadang terkemuka Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee menawarkan hadiah bernilai lebih daripada RM1 juta menerusi kempen terbaharunya 'Wang bersama Shopee' yang berlangsung selama enam minggu.

Kempen bonanza membeli belah sempena Tahun Baharu Cina itu berlangsung dari semalam hingga 25 Februari depan turut mengetengahkan permainan Fortune Ang Pao kepada pelanggan yang mengambil bahagian.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, berkata sepanjang enam minggu ini pengguna berpeluang memenangi Shopee Coins, baucer dan kira-kira 20,000 tiket emas setiap hari.

"Tiket emas adalah cabutan bertuah kepada pelanggan yang antaranya ialah jongkong emas bernilai RM500, hadiah wang tunai mingguan RM1,500 dan hadiah wang tunai utama berjumlah RM8,888.

"Menariknya kempen ini memperkenalkan Jualan Kilat Shopee yang diadakan lima kali sehari dengan hadiah tambahan menerusi permainan secara langsung di laman rasmi Facebook Shopee," katanya pada majlis makan tengahari bersama media, hari ini.

Katanya, selain itu, kempen Wang bersama Shopee turut menawarkan hadiah lain iaitu bank kuasa, aksesori komputer, perkakasan rumah dan banyak lagi.

Ho berkata, jualan kilat istimewa itu menawarkan Kotak Kemakmuran Shopee,88,8888 unit Shopee Coins, percutian untuk dua orang ke Disneyland Hong Kong yang boleh disertai dengan hanya mendaftarkan diri di acara Facebook Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018.

"Semakin ramai pengguna mendaftarkan diri, semakin banyak hadiah terkunci termasuk hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM10,000 apabila pendaftaran mencapai 18,8888 orang.

"Perayaan Tahun Baharu Cina adalah sambutan terbesar di negara berbilang kaum, justeru kita menawarkan pelbagai pilihan produk dari kategori kesihatan dan kecantikan, perhiasan dan perkakasan rumah, fesyen, barang runcit, permainan kanak-kanak dan bayi, telefon bimbit dan gajet," katanya.

Sempena perayaan itu, Shopee bekerjasama dengan lebih 80 jenama terkemuka daripada Shopee Mall seperti PETRONAS, Reckitt Benckiser, L'Oreal, OPPO, Super, Watsons, Nestle, Unilever, Tommee Tippee, Deerma,Photobox da Xixili yang menawarkan potongan harga hingga 90 peratus.

Berita Harian X