Isnin, 22 Januari 2018 | 9:18pm
Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq semasa taklimat media NCIA mengetuai "Infra Rakyat" untuk menyambung pembangunan dan pembangunan logistik di NCER. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Koridor utara tarik lebih RM9b tahun lalu

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menarik pelaburan swasta berjumlah RM9.12 bilion dan mewujudkan 11,824 peluang pekerjaan dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) tahun lalu.

Jumlah pelaburan swasta itu meningkat 9.87 peratus atau RM820 juta berbanding 2016 iaitu RM8.3 bilion.

Ketua Eksekutif NCER, Datuk Redza Rafiq, berkata tahun ini, pihaknya meletak sasaran menarik pelaburan swasta berjumlah RM7.5 bilion dengan sektor perkilangan, perkhidmatan dan agrikultur serta industri bio industri sebagai sektor utama.

Sasaran sederhana itu, katanya, disebabkan pihaknya pada tahun ini diberi mandat untuk melaksanakan beberapa inisiatif baharu di samping perlu menguruskan tujuh nod pertumbuhan sedia ada.

"Seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2018, NCIA kini perlu melaksanakan pembangunan di Bukit Kayu Hitam, Pulau Pangkor, wilayah Perak Selatan serta menaik taraf dua lapangan terbang di Langkawi dan Pulau Pinang.

"Kami kini diberi tugasan yang benar-benar padat dan kami akan melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin dan yakin mampu memenuhi sasaran ditetapkan," katanya ketika ditemui pada taklimat media mengenai perkembangan NCER tahun lalu di sini, hari ini.

Ketua Eksekutif Lembaga Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq (dua dari kanan) dengan Editor Kumpulan New Straits Times, Datuk Yushaimi Yahya (dua dari kiri), Pengarah Kanan Perkhidmatan Korporat NCIA, Zuhairi Mohamad (kanan) dan Pengarah Pembangunan Kanan NCIA, Rosmin Mohamed semasa taklimat media NCIA mengetengahkan "Infra Rakyat" untuk memacu pembangunan dan pembangunan logistik di NCER. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Mengulas lanjut, Redza berkata, tumpuan pihaknya kini adalah mahu mengukuhkan kemudahan infrastruktur bagi menyokong jaringan hubungan dan pertumbuhan dalam usaha meningkatkan wilayah utara itu ke peringkat seterusnya.

Katanya, infrastruktur untuk jaringan hubungan dan logistik adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi jangka panjang selain meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

"Sehubungan itu, kami kini mahu menumpukan dalam mengukuhkan jaringan hubungan luar bandar, luar bandar dan di antara bandar dengan menambah baik perkhidmatan jalan raya, kereta api, laut dan di udara," katanya.

Redza berkata, konsep jaringan hubungan itu tersenarai di dalam Pelan Tindakan Koridor Utara 2.0 yang dilancarkan Perdana Menteri tahun lalu.

Satu daripada lima tonggak strategik dalam pelan tindakan itu menggariskan untuk memacu NCER adalah dengan 'Mengukuhkan Infrastruktur Bagi Menyokong Perhubungan dan Pertumbuhan' yang mana membabitkan infrastruktur yang dirancang dan dibina dengan baik termasuk pengangkutan awam dan perhubungan digital.

Berita Harian X