Jumaat, 16 March 2018 | 3:56pm

KeTTHA, TNB tiada kaitan dengan Coinzer

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Tenaga Nasional Bhd menasihatkan orang ramai bahawa kedua-dua pihak itu tidak mempunyai kaitan dalam sebarang cara dengan platform mata wang kripto, dipanggil Coinzer.

Penggunaan nama KeTTHA dan TNB dalam maklumat dan laman web Coinzer adalah mengelirukan memandangkan kementerian dan firma utiliti negara itu tidak pernah memberikan kuasa atau sokongan kepada mata wang terbabit.

"KeTTHA dan TNB juga mahu menasihatkan bahawa nama dan logonya tidak boleh digunakan tanpa kelulusan sewajarnya oleh mana-mana pihak ketiga," kata KeTTHA dan TNB dalam satu kenyataan.

Berita Harian X