Ahad, 29 April 2018 | 5:09pm

Persekitaran perniagaan kondusif lonjak industri perbankan negara

KUALA LUMPUR: Industri perbankan Malaysia bersedia untuk terus mencatatkan masa depan yang cerah, berikutan persekitaran perniagaan kondusif yang disediakan oleh kerajaan.

Semakan menaik Bank Dunia mengenai unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2018 kepada 5.4 peratus daripada 5.2 peratus sebelumnya adalah hasil daripada pengukuhan dalam penggunaan swasta adalah faktor sokongan yang harus diambil kira.

Pelaburan awam yang dijangkakan perlahan, katanya akan menyaksikan pembentukan modal tetap kasar dipacu sebahagian besarnya oleh peningkatan perbelanjaan modal sektor swasta, dan diperkukuh oleh aliran projek infrastruktur yang berterusan, selain pelaburan modal dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Unjuran ekonomi yang semakin meningkat juga ternyata menyuntik keyakinan dalam pasaran, menjurus kepada unjuran pertumbuhan pinjaman yang stabil bagi industri perbankan tahun ini.

Sebagai contoh, bank terbesar Malaysia dari segi aset, Malayan Banking Bhd (Maybank), mengekalkan sasaran pertumbuhan pinjamannya pada empat peratus dalam tahun kewangan semasa (FY18), didorong oleh permintaan korporat dan pinjaman pengguna yang stabil.

CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan kedua terbesar negara pula, menjangkakan pertumbuhan pinjaman meningkat enam peratus pada FY1, yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh momentum meningkat dalam negara, manakala RHB Bank Bhd menyasarkan untuk mencatat peningkatan enam peratus, didorong oleh gadai janji serta pinjaman perusahaan kecl dan sederhana (PKS).

Industri perbankan secara keseluruhannya dijangkakan mencatat pertumbuhan pinjaman empat hingga lima peratus pada 2018, hasil inisiatif kerajaan, terutama menerusi pelbagai program yang disediakan dalam Bajet 2018.

"Ibu segala Bajet' yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Oktober lalu, membabitkan langkah-langkah yang memberi penekanan kepada kebajikan dan kesejahteraan kumpulan bawah 40 peratus (B40), sehinggalah kepada skim pembiayaan serta projek berkaitan eksport yang dapat membantu syarikat pemula niaga dan PKS.

Selain itu, pelbagai siri projek infrastruktur untuk rakyat atau projek 'infra-rakyat' seperti Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Bajet juga buat kali pertamanya memberi penekanan kepada Revolusi Industri 4.0 dan memperkenal lebih banyak inisiatif digital yang menyasarkan bukan sahaja kepada usaha membantu perniagaan dan pelaburan supaya kekal positif, bahkan turut menampung keperluan menyediakan belia yang mahir dalam teknologi.

Tinjauan ekonomi yang bertambah baik telah, tidak syak lagi, menyuntik keyakinan ke pasaran, menyebabkan prospek pertumbuhan pinjaman yang stabil untuk industri perbankan tahun ini.

Sebagai contoh, bank terbesar Malaysia dari segi aset, Malayan Banking Bhd (Maybank), mengekalkan sasaran pertumbuhan pinjamannya pada empat peratus dalam tahun kewangan semasa (FY18), didorong terutama oleh permintaan korporat dan pinjaman pengguna yang stabil.

Sebelum ini, kerajaan memberi penekanan kepada sambungan digital dalam Bajet 2017 bagi mengukuhkan ekonomi digital negara, dan langkah itu juga membantu industri perbankan.

Sebagai contoh, Maybank yang menjadi institusi kewangan pertama yang melancarkan platform perbankan dalam talian di Malaysia pada 2000, dalam laporan tahunannya bagi FY17, menyatakan ia memperoleh 11 juta pengguna Maybank2U (M2U) berdaftar dengan 4.33 bilion transaksi yang dibuat pada 2017.

Urus niaga mudah alihnya mencatatkan 146 peratus pertumbuhan tahun ke tahun kepada 1.2 bilion.

Begitu juga, dalam laporan tahunan FY17, CIMB menyatakan bilangan pelanggan perbankan digitalnya meningkat 22 peratus tahun ke tahun, dengan lebih 150 juta transaksi digital tahun ini.

"Selain itu, kami mencatat peningkatan 18 peratus pelanggan digital yang aktif dalam portal perbankan dalam talian CIMB Clicks, serta peningkatan 34.8 peratus dalam jumlah pelanggan aktif menggunakan aplikasi mudah alih CIMB Clicks," katanya.

Bagi RHB, ia memulakan perjalanan Transformasi Digital pada April 2017 dan memperkenalkan platform dalam talian, RHB Smart Account dan RHB Smart Account-i.

Ia turut memperkenalkan platform aplikasi gadai janji dalam talian, aplikasi RHB MyHome, dengan mengunjurkan 80 peratus permohonan gadai janji akan dikemukakan sehingga 2022.

Secara keseluruhannya, ketiga-tiga bank bersetuju bahawa persaingan daripada pengenalan digital, terutama teknologi baharu kewangan (FinTechs), dijangka meningkat pada tahun-tahun akan datang, dan tumpuan akan terus ditingkatkan dalam inisiatif digital mereka.

- BERNAMA

Berita Harian X