Khamis, 17 Mei 2018 | 12:56pm
GABENOR Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim ketika sidang media Prestasi Ekonomi Suku Pertama Tahun 2018 di Blok A, Bank Negara Malaysia. - Foto Eizairi Shamsudin

Bank Negara kekal telus

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan pendiriannya bahawa sebagai bank pusat, ia akan terus mengamalkan dasar yang telus, objektif dan profesional dalam memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata bank pusat itu sentiasa mengalami pembaharuan bagi memastikan kestabilan pasaran kewangan domestik dan seterusnya menjalankan mandat yang diberikan kerajaan sebaiknya.

Beliau berkata, BNM akan terus berkerjasama rapat dengan pihak berkepentingan untuk mengekalkan kemampanan ekonomi secara keseluruhannya.

"Sebagai bank pusat, BNM akan sentiasa memberi khidmat nasihat kepada kerajaan dengan memantau persekitaran ekonomi semasa dan membantu menasihati dari segi pelarasan dasar makroekonomi negara," katanya pada sidang media prestasi ekonomi suku pertama 2018 di sini hari ini.

1522 dibaca
Berita Harian X