Khamis, 7 Jun 2018 | 3:49pm

13 firma Malaysia masuk senarai syarikat terbesar dunia

KUALA LUMPUR: Maybank menerajui 13 syarikat Malaysia yang termasuk di dalam Forbes 2018 Global 2000, senarai syarikat terbesar, paling bernilai dan paling berkuasa di dunia.

Kriteria bagi ranking Forbes 2018 Global 2000 termasuk jualan, keuntungan, aset dan nilai pasaran.

Senarai 2,000 syarikat dunia itu meletakkan Maybank di tempat ke-394, Tenaga Nasional Bhd (503), CIMB Group Holdings Bhd (620), Public Bank Bhd (646), Petronas Chemicals Group Bhd (1,268), RHB Bank Bhd (1,448), Axiata Group Bhd (1,508), Sime Darby Bhd (1,535), Hong Leong Financial Group Bhd (1,568), Sime Darby Plantation Bhd (1,624), Maxis Bhd (1,779), Genting Bhd (1,811) dan AMMB Holdings Bhd (1,911).

Setiap daripada 2,000 syarikat memiliki nilai minimum tertentu untuk layak di dalam senarai berkenaan.

Nilai itu ialah jualan AS$4.47 bilion, keuntungan AS$333.3 juta, aset AS$10.72 bilion dan nilai pasaran AS$6.55 bilion.

Sebuah syarikat perlu layak dalam sekurang-kurangnya satu daripada senarai berkenaan untuk dimasukkan ke dalam ranking akhir Forbes 2018 Global 2000.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X