Rabu, 11 Julai 2018 | 2:33pm
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Masnizam Hisham. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Prasarana laksana usaha pengurangan kos LRT 3 sejak Februari

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sudah memulakan usaha untuk mengurangkan kos projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) sejak Februari tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Masnizam Hisham, dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berhubung peningkatan kos keseluruhan projek LRT3 dan akan berusaha untuk mengurangkan lagi kos berkenaan.

Katanya, pihaknya akan terus bekerjasama erat dengan Kementerian Kewangan dan rakan penyampai projek, MRCB George Kent Sdn Bhd, untuk mengenal pasti peluang tambahan dalam mengurangkan kos projek berkenaan. -BERNAMA

Berita Harian X