Khamis, 26 Julai 2018 | 9:18am
SENARAI ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd setakat hari ini.

9 Lembaga Pengarah Khazanah Nasional letak jawatan

KUALA LUMPUR: Sembilan pengarah Khazanah Nasional Bhd termasuk Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Nor Md Yusof meletak jawatan bagi memberi laluan kepada kerajaan baharu memutuskan kepimpinan dan hala tuju syarikat pelaburan kerajaan itu, demikian menurut laporan The Straits Times, Singapura.

Mengikut laporan itu, sembilan pengarah berkenaan menandatangani surat peletakan jawatan yang tidak bertarikh ketika mesyuarat lembaga pengarah khas pada Selasa.

Pengarah lain yang turut meletak jawatan termasuk Datuk Seri Nazir Razak, Datuk Dr Nirmala Menon, Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Datuk Mohammed Azlan Hashim, Yeo Kar Peng, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao dan Raja Tan Sri Arshad Raja Uda.

Keputusan itu dibuat beberapa minggu selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik Khazanah Nasional kerana menyimpang daripada tujuan asal penubuhannya untuk membantu Bumiputera.

Berita Harian X