X
Khamis, 16 Ogos 2018 | 3:03pm

Beli tilam berkualiti, kesihatan terjamin

KUALA LUMPUR: Selama 30 tahun beroperasi, Goodnite International Sdn Bhd (Goodnite) tidak pernah berhenti memaju dan meningkatkan keupayaan syarikat sebagai jenama pengeluar tilam terunggul dalam industri.

Buktinya, pelbagai produk berinovatif tinggi dihasilkan setiap tahun selari dengan kecanggihan teknologi untuk memberi keselesaan ketika tidur sepanjang malam kepada pengguna.

Pegawai Pemasaran Goodnite, Jinny Ting, berkata syarikat ini mula ditubuhkan pada 1989 dan kini berjaya menjadi satu syarikat pengeluar tilam terbesar di Malaysia yang turut mendapat tempat di pasaran antarabangsa seperti China, Singapura, Afrika Selatan, Brunei serta Myanmar.

Katanya, kualiti pembuatan tilam menggunakan bahan mentah yang baik demi keselesaan dan kesihatan pengguna menjadi kunci kejayaan syarikat ini bertahan sehingga sekarang.

"Teknologi yang digunakan juga diperolehi menerusi beberapa lawatan bersama pembekal ke luar negara seperti Belgium dan Jepun untuk memenuhi kesesuaian pasaran tempatan serta antarabangsa.

"Kajian demi kajian turut dilakukan kumpulan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Goodnite bagi memastikan pengguna dapat memiliki tilam yang selesa selepas penat melakukan pelbagai aktiviti harian.

"Bermula dengan lapan pekerja, Goodnite kini memiliki kira-kira 300 kakitangan dan 1,500 pengedar yang sah dari pemilik kedai perabot di seluruh negara,” katanya ketika ditemui di Wisma Goodnite, baru-baru ini.

Selain mengeksport tilam ke luar negara, Goodnite juga memiliki pelanggan berprestij terdiri daripada organisasi terkemuka seperti Tesco, Petronas, Genting World Resort, Amway dan Maybank.

Selain itu, Goodnite juga mempunyai tiga kilang dikhususkan untuk membuat tilam, busa dan bingkai katil di Klang, Selangor yang mampu menghasilkan tilam dalam kapasiti tinggi sehingga mencecah 1,000 unit sehari.

Menurut Jinny, sebagai seorang pengguna adalah penting untuk memilih atau menggunakan tilam yang baik dari segi kualiti pembuatan dan bukan membelinya berdasarkan harga murah semata-mata.

"Kita cenderung memberi tumpuan kepada harga tilam tetapi sering terlepas pandang kesan sampingan lain jika menggunakan tilam berkualiti rendah.

"Memandangkan satu pertiga masa kehidupan kita dihabiskan untuk tidur, ia penting untuk kita memilih tilam yang sesuai.

"Kita harus sedar betapa pentingnya tidur malam yang sempurna. Tidur berkualiti meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi seseorang serta menggalakkan gaya hidup lebih sihat dan berkualiti.

Tambah Jinny, penting juga bagi pengguna membeli tilam jenama dikenali kerana bahan atau kandungan digunakan terjamin kualitinya dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada badan.

Seperti Goodnite, rekaan tilam dan aksesori katil yang dihasilkan bersifat praktikal dan mampu memanfaatkan tidur pengguna.

Tilam diperbuat daripada fabrik dan bahan bebas kimia, tahan lasak serta sesuai untuk semua lapisan umur sama ada dewasa, warga emas atau kanak-kanak.

"Kami juga mereka dan mempaten sendiri spring yang digunakan di dalam tilam. Menerusi lingkaran spring dengan jejaring yang menghubungkan spring antara satu sama lain, ia bukan saja menstabilkan tilam tetapi juga memberi sokongan pada badan dengan lebih baik.

"Setiap spring berfungsi secara berasingan. Justeru itu, ia tidak akan bergerak atau melantun apabila pasangan pengguna menggerakkan badan ketika tidur,” katanya.

Antara koleksi tilam Goodnite ialah 'Stattfree® Series', ‘Fibre Series’, ‘Natural Latex Series’ dan sebagainya.

Goodnite Statfree® Series baru mengeluarkan produk 'Love Series' yang menawarkan beberapa pilihan berbeza iaitu 'Forever Love' dan 'Eternal Love' dengan rekaan poket spring lima zon yang direka mengikut bentuk badan pengguna.

‘True Love’ sistem spring perlindungan tulang belakang iaitu gelung berganda (DPC)® yang dipatenkan untuk tilam Goodnite dan penyelidikan terkini iaitu kain organik kelapa sawit.

"Ketiga-tiga elemen reka bentuk ini memenuhi keperluan rehat pengguna dan memberikan peluang untuk menikmati tidur yang lena dan nyenyak.

"Produk terbabit juga menggunakan teknologi Statfree® yang menggunakan tenunan kain serat karbon bagi pembuatan fabrik tilam di mana ia meneutralkan cas negatif badan dan memastikan pengguna memperoleh tidur lebih berkualiti serta mempunyai fungsi anti habuk dan hama,” katanya.

Sementara itu, kini Goodnite sedang mengadakan Peraduan Beli dan Menang di mana menerusi pembelian tilam Love Series saiz 5' dan 6' atau tilam-tilam terpilih, pelanggan berpeluang memenangi hadiah utama, kereta Honda HR-V. Hadiah-hadiah yang ditawarkan bernilai RM200,000 untuk dimenangi.

Langkah-langkah untuk menyertai peraduan Goodnite.

Langkah 1: Isikan butiran di kupon yang terdapat dalam tilam

Langkah 2: Ambil gambar kupon dan resit pembelian

Langkah 3: Hantar gambar berkenaan ke Messenger Facebook Goodnite Malaysia

Tempoh Peraduan: 1 Julai - 31 Disember 2018

Beli tilam saiz 5’ atau 6’ daripada Goodnite Love Series (Forever Love, Eternal Love, True Love) atau tilam yang terpilih

Hadiah-hadiah Ditawarkan: Jumlah bernilai sehingga RM200,000

Hadiah Utama: Honda HR-V

Hadiah Kedua: Perodua Bezza

Hadiah Ketiga: iPhone X

Hadiah Saguhati: Wang Tunai RM500 x 50

Pelanggan boleh ke kedai perabot yang sah atau laman web Goodnite untuk membeli tilam Goodnite Love Series serta menyertai peraduan ini. Peraduan akan berakhir pada 31 Disember 2018 dan keputusan bakal diumumkan pada awal 2019.

Maklumat lanjut: http://goodnite.com.my/buy-win

FB : https://www.facebook.com/MyGoodnite/

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X