Sabtu, 1 September 2018 | 3:23pm
AirAsia Group Bhd menawarkan lima juta tempat duduk promosi ke lebih 130 destinasi dalam rangkaian AirAsia dan AirAsia X. - Foto fail NSTP

AirAsia tawar penerbangan serendah RM15

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd menawarkan lima juta tempat duduk promosi ke lebih 130 destinasi dalam rangkaian AirAsia dan AirAsia X.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata khusus buat ahli AirAsia BIG, mereka akan menikmati lebih banyak faedah, termasuk diskaun segera, apabila menempah penerbangan di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia.

“Tambang tempat duduk promosi termasuk semua bagi anggota bermula daripada RM15 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik, termasuk Kuantan, Johor, Langkawi, Silangit - Danau Toba, Phu Quoc, Hua Hin dan Phuket.

“Anggota AirAsia BIG boleh menikmati akses lebih awal untuk promosi ini bermula 2 September hingga 9 September 2018. Tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk tempoh perjalanan antara 18 Februari 2019 hingga 26 November 2019,” katanya.

Penumpang AirAsia X juga boleh menikmati tambang tempat duduk promosi termasuk semua untuk anggota daripada serendah RM159 dari Kuala Lumpur ke Bali, Jeju, Seoul, Osaka, Amritsar, Sydney, Melbourne dan Hawaii.

Bagi pelanggan bukan ahli AirAsia BIG, mereka boleh menempah tempat duduk promosi bermula daripada RM20 dari 3 September hingga 9 September 2018.

“Untuk mendaftar sebagai anggota AirAsia BIG secara percuma, layari airasia.com dan klik ‘Daftar’,” katanya. - BERNAMA

Berita Harian X