Selasa, 11 September 2018 | 4:08pm
MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking. - Foto Mohd Yusni Ariffin
MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Darell sertai Forum Ekonomi Dunia mengenai ASEAN

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking, akan menyertai Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai ASEAN 2018 di Hanoi, Vietnam pada 11 hingga 13 September 2018.

Tema bagi 2018 adalah “ASEAN 4.0: Keusahawanan dan Revolusi Industri Keempat, yang mana peserta akan membincangkan isu-isu strategik tiga teras iaitu Keusahawanan kepada Merangka Pendekatan Baharu Tadbir Urus Serantau dan Global; Keusahawanan bagi Memacu Ekonomi dan Dinamik Perniagaan; serta Keusahawanan untuk Membentuk Keterangkuman Sosial.

Kira-kira 900 peserta, termasuk ketua kerajaan, wakil kerajaan, pemimpim korporat global dan syarikat pemula niaga dijangka menghadiri forum berkenaan.

Darell dijemput oleh WEF untuk menyertai beberapa sesi merangkumi topik seperti “Perdagangan dalam Masalah: Menangani Kemelut Geo-Ekonomi’, “Menghadapi Gangguan: Masa Depan Digital ASEAN” dan “Memacu Perdagangan dan Pelaburan di Asia Pasifik”.

Mesyuarat lain termasuk pertemuan dua hala dan dua mata dengan menteri-menteri perdagangan. syarikat Malaysia berpangkalan di Vietnam serta syarikat global yang hadir pada forum seperti Google, Nissan, Shire, IBM dan Agility.

Terdapat juga sekumpulan syarikat swasta tempatan yang hadir pada forum termasuk CIMB Group, Air Asia, Petronas, Axiata, Astro, UEM Edgenta serta Catcha Group.

Berita Harian X