Khamis, 22 November 2018 | 5:21pm
 Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$102.1 bilion pada 15 November 2018.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$102.1 bilion pada 15 November 2018.

Rizab antarabangsa BNM kembali meningkat

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$102.1 bilion pada 15 November 2018 daripada AS$101.7 bilion pada 31 Oktober 2018.

Bank pusat itu, dalam kenyataan berkata kedudukan rizab itu adalah memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$96.4 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion).

BNM berkata aset termasuk emas dan tukaran asing dan rizab lain termasuk SDR adalah sebanyak RM423.4 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.39 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM6.98 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion), dan aset-aset lain (RM7.05 bilion).

Liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM132.89 bilion), mata wang dalam edaran (RM102.47 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM158.97 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM12.64 bilion), deposit-deposit lain (RM883.53 juta), Kertas BNM (RM26.99 bilion), peruntukan SDR (RM7.77 bilion), dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.91 bilion).

-BERNAMA

Berita Harian X