Rabu, 2 Januari 2019 | 12:02pm

Pengilang Malaysia yakin prospek pertumbuhan

KUALA LUMPUR: Pengilang Malaysia terus yakin ke atas prospeks pertumbuhan pada akhir 2018.

Penyedia perkhidmatan maklumat kewangan IHS Markit dalam satu kenyataan hari ini, berkata kira-kira 17 peratus firma menjangkakan pengeluaran akan lebih tinggi daripada tahap semasa, berbanding hanya empat peratus yang mengunjurkan jumlah yang lebih rendah.

“Pemacu keyakinan adalah berasaskan unjuran permintaan yang positif, pelancaran produk baharu dan projek terancang. Keyakinan secara menyeluruhnya meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh empat bulan,” katanya.

Sementara itu, Indeks inflasi utama Pengurus Pembelian (PMI) Pengilang Nikkei Malaysia merosot kepada 46.8 pada Disember daripada 48.2 dalam bulan sebelumnya, konsisten dengan kemerosotan ketara dalam kedudukan ekonomi pembuatan.

“Kemerosotan jualan mencerminkan penurunan secara umum merentas pasaran. Pengilang Malaysia juga kurang menerima projek baharu dari pasaran luar pada Disember,” katanya.

Ia berkata tempahan dari pelanggan di Eropah dan Asia-Pasifik dilaporkan turun pada bulan ini walaupun penurunan permintaan asing hanya sedikit. --BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X