Selasa, 12 Februari 2019 | 5:00pm
Foto hiasan.
Foto hiasan.

Rizab antarabangsa BNM meningkat sedikit

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$102.1 bilion pada 31 Jan, 2019, lebih tinggi daripada AS$101.7 bilion direkodkan pada 15 Januari 2019.

“Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek,” kata bank pusat itu dalam kenyataannya semalam.

Komponen utama rizab antarabangsa pada 31 Januari 2019, merangkumi rizab mata wang asing berjumlah AS$96.3 bilion, kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.6 bilion) dan lain-lain aset rizab (AS$2.2 bilion).

BNM berkata, aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR berjumlah RM422.32 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.39 billion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.74 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM6.88 billion), hartanah tanah dan bangunan (RM4.17 bilion), dan aset-aset lain (RM10.419 bilion).

Modal dan liabiliti merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM133.95 bilion), mata wang dalam edaran (RM113.72 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM157.27 bilion), deposit oleh kerajaan Persekutuan (RM15.38 bilion), deposit-deposit lain (RM799.46 juta), kertas Bank Negara (RM20.57 bilion), peruntukan SDR (RM7.74 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM1.39 bilion).

Berita Harian X