Ahad, 24 Februari 2019 | 4:13pm
TEKUN Nasional.
TEKUN Nasional.

TEKUN Nasional salurkan RM24.9 juta bantu 1,528 usahawan

KUALA LUMPUR: TEKUN Nasional telah menyalurkan sebanyak RM5.35 billion pembiayaan perniagaan kepada 553,947 usahawan sejak 1998.

Setakat Januari 2019 TEKUN Nasional telah mengeluarkan pembiayaan kepada 1,528 usahawan berjumlah RM24.9 juta di seluruh negara melalui skim pembiayaannya seperti Teman TEKUN, TEKUN Niaga, Kontrak-I, SPUMI dan skim di bawah Program Khas.

Dalam kenyataan dikeluarkan, TEKUN Nasional berkata, sepanjang 20 tahun beroperasi pelbagai agenda dan program telah dilaksanakan oleh TEKUN Nasional untuk manfaat rakyat di Malaysia ini khususnya berkaitan perniagaan.

“TEKUN Nasional turut mempelbagaikan produk pembiayaan serta kaedah bayaran balik pembiayaan untuk memenuhi keperluan dan memberi pilihan kepada usahawan dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Selain itu, TEKUN Nasional juga menerima anugerah Institusi Pembangunan Kewangan Terbaik di Asia Pasifik (ADFIAP).

TEKUN Nasional telah menerima pengiktirafan Plaque of Merit Category Technology Development di bawah projek ‘TEKUNPay’ atau Saluran Pembayaran TEKUN.

Anugerah ini diberikan berdasarkan kepelbagaian platform kemudahan pembayaran pembiayaan untuk semua usahawan TEKUN Nasional.

Pengerusinya, Datuk Sri Mohamad Suparadi Md Noor berkata, anugerah itu adalah pengiktirafan kepada kepelbagaian inisiatif TEKUN Nasional terutama dalam kaedah bayaran balik kepada usahawan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X