Khamis, 7 March 2019 | 3:49pm
Rizab antarabangsa BNM pada 28 Februari 2019 meningkat kepada AS$102.4 bilion berbanding AS$102.1 bilion. - Foto hiasan
Rizab antarabangsa BNM pada 28 Februari 2019 meningkat kepada AS$102.4 bilion berbanding AS$102.1 bilion. - Foto hiasan

Rizab antarabangsa BNM AS$102.4 bilion

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) pada 28 Februari 2019 meningkat kepada AS$102.4 bilion berbanding AS$102.1 bilion yang dicatatkan pada 31 Januari 2019.

Bank pusat berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk pembiayaan 7.4 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar jangka pendek.

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa pada 28 Februari 2019, meliputi rizab mata wang asing AS$96.5 bilion, kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.6 bilion) dan rizab lain (AS$2.3 bilion).

BNM berkata aset juga meliputi emas dan tukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR, berjumlah RM423.26 bilion, kertas Kerajaan Malaysia (RM2.82 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.47 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.13 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion) dan aset-aset lain (RM11.19 bilion).

Modal dan liabiliti meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM135.73 bilion), mata wang dalam edaran (RM108.99 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM161.86 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM12.02 bilion), deposit lain (RM931.87 juta), Kertas Bank Negara (RM21.79 bilion), peruntukan SDR (RM7.74 bilion) dan liabiliti lain (RM1.89 bilion). - BERNAMA

Berita Harian X