Jumaat, 22 March 2019 | 4:11pm

Rizab antarabangsa BNM meningkat

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$102.6 bilion pada 15 Mac 2019 daripada AS$102.4 bilion pada 28 Februari 2019.

Bank pusat berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa pada 15 Mac 2019, terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$96.7 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.6 bilion), dan lain-lain aset rizab (AS$2.3 bilion).

Katanya, aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain, termasuk SDR sebanyak RM424.44 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM2.53 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM965.84 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM7.23 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion), dan aset-aset lain (RM16.63 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM136.76 bilion), mata wang dalam edaran (RM107.04 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM158.95 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM19.28 bilion), deposit-deposit lain (RM1.26 bilion), kertas Bank Negara (RM23.28 bilion), peruntukan SDR (RM7.74 bilion), dan liabiliti-liabiliti lain (RM1.55 bilion).

-BERNAMA

Berita Harian X