Jumaat, 5 April 2019 | 5:46pm

Rizab antarabangsa BNM meningkat

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$103 bilion pada 29 Mac, 2019 daripada AS$102.6 bilion pada 15 Mac 2019.

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” menurut BNM dalam kenyataan hari ini.

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa pada 29 Mac 2019, adalah rizab mata wang asing AS$97.1 bilion, kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.6 bilion), dan lain-lain aset rizab (AS$2.3 bilion).

Aset pula merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR yang berjumlah RM420.21 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM2.53 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM863.79 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM7.20 bilion), hartanah - tanah dan bangunan (RM4.17 bilion) dan aset-aset lain (RM18.74 bilion).

Modal dan liabiliti pula meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM131.33 bilion), mata wang dalam edaran (RM108.02 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM161.50 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM20.27 bilion), deposit lain (RM656.90 juta), Kertas Bank Negara (RM22.67 bilion), peruntukan SDR (RM7.62 bilion), liabiliti-liabiliti lain (RM1.54 bilion). - BERNAMA

Berita Harian X