Rabu, 26 Jun 2019 | 9:31pm
Pengarah Projek Sphere Exhibits Malaysia Sdn Bhd, Henri Tan. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

MIFB 2019 dijangka catat RM2.06 bilion transaksi jualan

KUALA LUMPUR: Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB) mengunjurkan transaksi jualan kira-kira AS$500 juta (RM2.06 bilion) sepanjang tiga hari pameran itu berlangsung.

Pengarah Projek Sphere Exhibits Malaysia Sdn Bhd, Henri Tan, berkata, tahun lalu pihaknya mencatatkan transaksi jualan bernilai AS$300 juta (RM1.24 bilion) yang kebanyakannya disumbangkan daripada padanan perniagaan.

Katanya, pameran kali ini disertai lebih 600 pempamer dari 70 negara termasuk negara baharu seperti Bhutan, Kuwait, Arab Saudi, United Kongdom dan Arab Emeriah Bersatu.

“70 peratus daripada pempamer adalah wakil antarabangsa dan 30 peratus mewakili syarikat makanan dan minuman (F&B) tempatan.

“Kami menjangkakan kunjungan 20,000 pelawat bagi MIFB yang berlangsung dari 26 hingga 28 Jun ini bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC),” katanya kepada media selepas perasmian pembukaan MIFB 2019 di sini, hari ini.

Berita Harian X