Jumaat, 5 Julai 2019 | 4:20pm

Rizab antarabangsa BNM meningkat

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$102.7 bilion setakat 28 Jun 2019 daripada AS$102.6 bilion pada 14 Jun lalu.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.

Komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing sebanyak AS$96.6 bilion, kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.1 bilion), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.8 bilion) dan lain-lain aset rizab (AS$2.1 bilion).

Menurut BNM, aset itu termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR yang berjumlah RM425.42 bilion, kertas Kerajaan Malaysia (RM2.28 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM240.57 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM7.01 bilion), hartanah - tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM12.56 billion).

Modal berbayar dan liabiliti pula merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM140.33 bilion), mata wang dalam edaran (RM110.12 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM151.18 bilion), deposit oleh kerajaan Persekutuan (RM23.41 bilion), lain-lain deposit (RM1.15 bilion), kertas Bank Negara (RM15.30 bilion), peruntukan SDR (RM7.72 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.34 bilion).

-BERNAMA

Berita Harian X