Rabu, 17 Julai 2019 | 9:02am
Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Ishak Ismail bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Zainol Rahim Zainuddin (kiri) bergambar dengan buah-buahan pada Majlis Pra-Pelancaran Malaysia Fest 2019 di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura 301 Jalan Jervois Singapura, semalam. Turut sama Pengarah Urusan MegaXpress International Pte Ltd Hamzah Abdullah (dua, kanan). Program anjuran MegaXpress International Pte Ltd dengan kerjasama FAMA) disertai oleh usahawan dari seluruh Malaysia yang melibatkan sebanyak 223 gerai pameran. - Foto BERNAMA

FAMA sasar jualan RM10 juta di Festival Malaysia 2019

SINGAPURA: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menetapkan sasaran jualan RM10 juta pada Festival Malaysia 2019 anjurannya di Singapura.

Pengerusinya, Ishak Ismail, berkata kira-kira 90,000 pelawat dijangka mengunjungi pesta empat hari itu yang berlangsung dari 25 hingga 28 Julai di Dewan 6A, Singapore Expo, dekat Changi di sini.

"Kami melihat peningkatan arah aliran dari segi jualan tahun lalu. Kami percaya FAMA boleh mencapai jualan lebih tinggi sebanyak RM10 juta untuk pesta itu tahun ini, " katanya kepada pemberita pada majlis prapelancaran pesta itu di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini semalam.

Tahun lalu, pesta itu menempatkan 255 gerai dengan mencatatkan jualan sebanyak RM8.5 juta.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Ishak Ismail bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Zainol Rahim Zainuddin (kanan) meilhat buah-buahan pada Majlis Pra-Pelancaran Malaysia Fest 2019 di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura 301 Jalan Jervois Singapura, semalam. Program anjuran MegaXpress International Pte Ltd dengan kerjasama FAMA) disertai oleh usahawan dari seluruh Malaysia yang melibatkan sebanyak 223 gerai pameran. - Foto BERNAMA

Walaupun hanya terdapat 223 gerai tahun ini, Ishak berkata lebih banyak produk kesihatan industri AgroMas dan berasaskan pertanian serta produk baharu yang lain ditampilkan untuk memacu jualan.

Antara tarikan utama, FAMA akan mempamerkan buah-buahan eksotik dari Sabah dan Sarawak seperti 'tarap' dan buah kristal serta produk Kopiesatu's Kanchong Darat Coffee (KDC).

Gerai di festival itu akan terbahagi kepada tujuh kluster - kecantikan dan fesyen, makanan popular, jenama selebriti, makanan dan buah-buahan, trak makanan, pelancongan dan perkhidmatan dengan penyertaan daripada pelbagai negeri, kementerian dan agensi. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X