Rabu, 4 September 2019 | 11:44am
SCOMI Group Bhd

Saham Scomi merosot selepas cuba elak PN17

KUALA LUMPUR: Saham Scomi Group Bhd merosot sedikit pada sesi awal hari ini selepas kumpulan itu mengemukakan permohonan pengecualian Nota Amalan 17 (PN17) kepada Bursa Malaysia semalam.

Pada 9.55 pagi, kaunter saham itu merosot setengah sen kepada 7.5 sen dengan 1.37 juta saham bertukar tangan.

Dalam laporan berita semalam, Scomi mengumumkan ia mengemukakan permohonan pengecualian PN17 apabila tebaran ekuiti pemegang sahamnya merosot kurang dari 25 peratus daripada modal terbitannya manakala ekuiti turun di bawah RM40 juta.

Menurut laporan berita itu, kumpulan berkenaan mengalami kerugian sebanyak RM250.5 juta pada suku itu, dengan kerugian dalam segmen perkhidmatan medan minyak meningkat RM20.7 juta berbanding tahun lalu, sebahagian besarnya berpunca daripada keuntungan kasar yang lebih rendah dan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi. - BERNAMA

Berita Harian X