Jumaat, 18 Oktober 2019 | 12:13pm

Pertumbuhan ekonomi Q3 China paling lemah dalam 27 tahun

BEIJING: Pertumbuhan ekonomi China lebih perlahan daripada yang dijangkakan apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pengembangan 6.0 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga (Q3).

Ia adalah kadar pertumbuhan paling lemah dalam sekurang-kurangnya 27 setengah tahun, memandangkan permintaan di dalam dan di luar negara merosot di tengah-tengah pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS)- China.

Data hari ini itu menandakan kehilangan momentum lanjut bagi ekonomi daripada pertumbuhan 6.2 peratus yang dicatat pada suku kedua.

Ia mencadangkan Beijing berkemungkinan akan melancarkan lebih banyak langkah-langkah bagi mengawal kelembapan yang lebih ketara.

Penganalisis yang ditinjau Reuters mengunjurkan KDNK China berkembang pada kadar 6.1 peratus pada suku Julai-September berbanding setahun sebelumnya.

Ketua Ahli Ekonomi Dai-Ichi Life Research Institute di Tokyo, Toru Nishihama, berkata pihak berkuasa China harus memandang keadaan ekonominya dengan serius.

Perang perdagangan AS-China katanya, telah memburukkan lagi keadaan pengambilan pekerja dan upah China dan korporat juga menahan diri daripada membuat pelaburan modal. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X