Isnin, 11 November 2019 | 11:42am

Harga emas menokok

BENGALURU: Harga emas menokok hari ini, ketika mana isyarat yang bercampur-campur daripada rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang menyebabkan pelabur kekal berhati-hati, meskipun data perkilangan China yang mengecewakan memberikan sokongan.

Harga emas semerta naik 0.3 peratus pada AS$1,462.46 satu auns pada 0110 GMT, selepas mencecah paras terendah tiga bulan dalam sesi sebelumnya.

Niaga hadapan emas AS mendatar, pada AS$1,463.30 satu auns.

Rundingan perdagangan dengan China berlangsung "dengan baik," kata Presiden Donald Trump Sabtu lalu, tetapi AS hanya akan membuat perjanjian dengan Beijing sekiranya perjanjian itu baik bagi Amerika.

Walaupun perang perdagangan AS-China reda sedikit, konflik yang lebih meluas antara dua ekonomi terbesar di dunia itu akan berlanjut, kata Lou Jiwei, mantan Menteri Kewangan China.

Indeks harga pengeluar (PPI) China, dilihat sebagai penunjuk utama keuntungan korporat, turun 1.6 peratus pada Oktober berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, penurunan paling rendah sejak Julai 2016, demikian menurut data Biro Statistik Nasional (NBS), mengatasi jangkaan penganalisis dengan penguncupan 1.5 peratus.

SPDR Gold Trust, dana tukaran dagangan bersandarkan emas terbesar di dunia, berkata pegangannya susut 1.44 peratus kepada 901.19 tan pada Jumaat daripada 914.38 tan Khamis.

Dana lindung nilai dan pengurus wang mengurangkan kedudukan bulis dalam kontrak emas dan perak COMEX pada minggu berakhir 5 November, demikian menurut Suruhajaya Dagangan Hadapan Komoditi (CFTC) AS.

Pembelian emas fizikal meningkat di India ketika mana pembetulan harga menghidupkan semula minat membeli di negara pengguna emas kedua terbesar di dunia, mengurangkan jarak diskaun ke paras paling rendah dalam tempoh lima bulan, sementara minat beliannya kurang hangat di tempat lain di Asia. - Reuters

Berita Harian X