Rabu, 13 November 2019 | 1:16pm

Pertumbuhan KDNK sebenar naik 4.1% pada 3Q19 - UOB

KUALA LUMPUR: United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar tumbuh 4.1 peratus pada suku ketiga 2019 (3Q19), berdasarkan bacaan lemah data utama, terutama September, yang mempunyai jumlah hari bekerja yang lebih rendah.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, ia berkata kemerosotan pada suku ketiga dijangkakan lebih ketara berdasarkan penurunan besar keluaran perlombongan akibat gangguan bekalan dalam segmen minyak mentah akibat penutupan untuk tujuan penyelenggaraan.

“Sektor pembinaan juga dijangkakan merosot memandangkan aktiviti pembinaan kediaman dan bukan kediaman terus suram. Aktiviti kejuruteraan awam terus meningkat walaupun lebih perlahan sementara menunggu penyambungan semula projek baharu. Sektor pembuatan dijangkakan menyederhana susulan pengeluaran berasaskan eksport yang perlahan,” katanya.

Sekor perkhidmatan dijangka terus berdaya tahan hasil daripada perbelanjaan besar ke atas makanan, minuman dan kediaman susulan beberapa cuti umum pada September, UOB berkata perdagangan borong dan runcit serta jualan kenderaan juga menunjukkan isyrat kemerosotan pada 3Q19.

“Bagi sektor bekaitan permintaan, kami menjangkakan eksport bersih mencerninkan sumbangan positif kepada keseluruhan pertumbuhan pada 3Q19, yang akan mengimbangi penurunan inventori secara berterusan.

“Permintaan domestik kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan, walaupun perlahan disebabkan penggunaan swasta yang lemah dan pelaburan kekal suram ekoran ketidaktentuan yang berpanjangan dan sentimen perniagaan yang berhati-hati,” katanya. - BERNAMA

Berita Harian X