Rabu, 13 November 2019 | 2:08pm
Ketua Pegawai Eksekutif Totalife (M) Sdn Bhd, Danny Chew.

Totalife sasar jual 5,000 unit produk penjagaan wajah

KUALA LUMPUR: Totalife (M) Sdn Bhd, pengeluar produk kesihatan kini agresif meluaskan rangkaian produknya dengan memperkenalkan 10 produk penjagaan kulit di bawah jenama Junior Keep Secret (JKS) pada April lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Danny Chew, berkata syarikat berani mengambil risiko dengan memperkenalkan produk kecantikan bagi memberi pilihan kepada masyarakat.

Katanya, JKS mengandungi bahan Gamma Amino Butyric Acid (GABA) iaitu asid aminobutyric yang terdapat dalam beras, gandum, sayuran dan tanaman yang berfungsi untuk mengurangkan garis halu dan memulihkan keanjalan kulit.

“Disebabkan faktor itu, JKS yang berada di pasaran sejak April lalu berjaya dijual lebih 1,000 unit disokong oleh promosi agresif yang dijalankan di media sosial.

“Kini, JKS menjadi produk kecantikan pilihan ramai kerana berperanan untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah selain menegangkan kulit wajah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Chew berkata, selain pasaran Malaysia, produk JKS juga sudah menembusi pasaran Indonesia pada separuh pertama tahun ini.

“Tahun 2019 adalah waktu yang sesuai untuk syarikat meluaskan rangkaian pasaran ke negara jiran selepas berjaya mengembangkan perniagaan ke Amerika Syarikat (AS), Singapura dan China,” katanya.

Mengulas mengenai sasaran jualannya, beliau menyasarkan produk rangkaian JKS mampu terjual lebih 5,000 unit menjelang akhir tahun ini.

JKS dijual bermula RM87 hingga RM111 dengan produk pilihan utama adalah GABA Rejuvenating Cleansing Mousse dan GABA Rejuvenating Skin Firming & Hydrating Serum.

Sehingga kini, syarikat yang bakal menyambut ulang tahun ke-24 pada Disember, memiliki lebih 10,000 pengedar di seluruh negara dan 500 ahli di Indonesia.

Berita Harian X