Khamis, 14 November 2019 | 4:02pm

Eksport lemah jejas pertumbuhan suku ketiga Jepun

TOKYO: Ekonomi Jepun hampir tidak berkembang dengan pertumbuhan suku ketiganya berada pada paras paling lemah dalam tempoh setahun.

Ia berikutan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan permintaan global yang lemah, sekali gus memberikan tekanan kepada pembuat dasar untuk menyokong pemulihannya yang rapuh.

Penggunaan swasta turut perlahan bagi suku dikaji berbanding suku sebelumnya, sekali hus mencetuskan keraguan terhadap pandangan Bank of Japan bahawa keteguhan permintaan domestik akan mengimbangi risiko global.

Kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia itu mencatatkan pertumbuhan ekonomi tahunan 0.2 peratus pada suku ketiga, kelembapan ketara berbanding pertumbuhan 1.8 peratus selepas dikaji semula bagi tempoh April-Jun.

Ia berdasarkan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diumumkan kerajaan, hari ini.

Angka itu tidak mencapai unjuran penangah atau median pasaran iaitu pertumbuhan 0.8 peratus dan mencatatkan pertumbuhan lebih lemah sejak penguncupan dua peratus pada tempoh Julai-September tahun lalu. -Reuters

Berita Harian X