Isnin, 25 November 2019 | 7:28am

26 usahawan menangi SUPERB 2019 siri ke-14

KUALA LUMPUR: Seramai 26 usahawan diumumkan sebagai pemenang bagi Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) 2019 Siri Ke-14.

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), agensi penganjur SUPERB, berkata antara projek itu ialah Pengurusan Sisa Makanan, American Toplift (ATL), Super Battery Using Palm Oil Based dan Multi-Sensory Smart Room.

“Pemenang SUPERB 2019 bagi kategori fasa pembentukan dan pembangunan idea atau prototaip akan menerima geran pembangunan perniagaan sehingga RM100,000.

“Manakala perniagaan yang telah berada dalam kategori fasa prakomersial atau pengkomersialan akan menerima geran pembangunan perniagaan sehingga RM500,000,” menurut TERAJU dalam kenyataan.

Pemenang diumumkan pada Majlis Makan Malam dan Anugerah SUPERB 2019, diadakan di Royale Chulan Damansara Hotel semalam. - BERNAMA

Berita Harian X