Isnin, 9 Disember 2019 | 11:32am
LYNAS Corp.
LYNAS Corp.

Lynas pilih Kalgoorlie tapak proses nadir bumi

BENGALURU: Lynas Corp, pengeluar nadir bumi Australia hari ini berkata ia memilih kawasan pedalaman Kalgoorlie sebagai tapak baharu bagi loji pemprosesan awal bijih untuk mengeluarkan radioaktif rendah daripada bahan yang akan dihantar ke Malaysia bagi rawatan akhir.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengeluar utama nadir bumi dunia di luar China itu, berkata loji baharu di Australia Barat itu menjadi sebahagian daripada strategi pertumbuhan AS$500 juta (RM2.1 bilion) bagi meningkatkan pengeluaran menjelang 2025.

Selepas ketegangan yang berpanjangan dengan Kuala Lumpur berhubung kebimbangan alam sekitar membabitkan operasi di Malaysia, Lynas diberikan empat tahun oleh Malaysia untuk membina loji bagi mengeluarkan radioaktif peringkat rendah daripada bahan yang dihantar ke negara Asia Tenggara itu untuk diproses menjadi elemen penting dalam penghasilan pelbagai produk daripada jet pejuang hinggalah kepada tenaga daripada angin.

Kalgoorlie berada kira-kira empat jam pemanduan dari lombong Gunung Weld yang adalah lokasi pati nadir bumi Lynas dilombong untuk dihantar ke kemudahan pemprosesan di Malaysia.

Kawasan itu dipilih daripada dua lokasi lain yang disenarai pendek, juga di kawasan Goldfields. - Reuters

Berita Harian X