Isnin, 13 Januari 2020 | 8:18pm
Ibu pejabat PETRONAS di Kuala Lumpur. - Foto Reuters

Paip gas PETRONAS Sabah Sarawak terbakar, tiada kecederaan dilaporkan

KUALA LUMPUR: PETRONAS mengesahkan berlaku kebocoran dan kebakaran pada Saluran Paip Gas Sabah Sarawak PETRONAS (SSGP) pada jam 1.59 pagi tadi.

Firma petroleum negara itu dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu berlaku di SSGP yang terletak empat kilometer dari Long Selulong, Ulu Baram, Miri.

“Kebakaran sudah dikawal dan PETRONAS memantau keadaannya dengan terperinci.

“Kami ingin memaklumkan bahawa tiada kecederaan dilaporkan. Pihak berkuasa yang berkaitan telah diberitahu dan kami akan terus membabitkan diri dengan komuniti di kawasan sekitar.

“Siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan dan kumpulan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa keselamatan penduduk dan alam sekitar tetap menjadi keutamaan,” katanya.

Berita Harian X