Khamis, 27 Februari 2020 | 12:38pm
GOLDMAN Sachs menaikkan unjuran harga emas tahun ini
GOLDMAN Sachs menaikkan unjuran harga emas tahun ini

Harga emas diunjur cecah AS$1,800 seauns

NEW YORK: Goldman Sachs Group Inc menaikkan unjuran apabila COVID-19 memberi tekanan kepada kadar sebenar, sambil fokus kepada pilihan raya Amerika Syarikat (AS) terus meningkatkan permintaan logam berharga itu sebagai aset selamat.

Bank itu menaikkan unjuran 12 bulan sebanyak AS$200 dan berkata jika kesan virus merebak sehingga ke suku kedua tahun ini, adalah dijangkakan harga emas akan melepasi AS$1,800 seauns mengikut asas tiga bulan.

Spot emas, yang meningkat lebih daripada lapan peratus tahun ini, diniagakan pada AS$1,648.50 seauns semalam.

Emas diniagakan hampir ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun, disokong oleh peningkatan jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia yang mengancam akan menjejaskan aktiviti ekonomi global.

Logam berharga itu mengatasi prestasi mata wang tradisional termasuk yen Jepun dan franc Switzerland sebagai ‘aset selamat pilihan terakhir’, kata penganalisis Goldman, Mikhail Sprogis, dalam satu nota.

Bank itu menjangkakan harga emas akan melonjak kepada AS$1,700 seauns dalam masa tiga bulan dan kepada AS$1,750 dalam enam bulan.

Sebelum ini, ia mengunjurkan harga emas mencecah AS$1,600 dalam kedua-dua tempoh masa berkenaan.

Goldman turut menaikkan unjurannya bagi harga perak.

-Bloomberg

Berita Harian X