Selasa, 3 March 2020 | 8:03pm
JURUTERBANG Vietnam Airlines memakai topeng muka di tengah-tengah kebimbangan penularan COVID-19 -Gambar fail AFP
JURUTERBANG Vietnam Airlines memakai topeng muka di tengah-tengah kebimbangan penularan COVID-19 -Gambar fail AFP

Vietnam rancang pakej rangsangan RM4.6b tangani COVID-19

HANOI: Vietnam merancang untuk membelanjakan 27 trilion dong (RM4.6 bilion) untuk membantu perniagaan berdepan wabak COVID-19 dan membantu ekonominya mencapai sasaran pertumbuhan 6.8 peratus tahun ini, kata media kerajaannya, hari ini.

Rancangan termasuk pelepasan cukai, penangguhan pembayaran cukai dan pengurangan yuran pajakan tanah, menurut Perdana Menterinya, Nguyen Xuan Phuc, dipetik oleh Vietnam Television (VTV).

Kerajaan turut menyasar untuk mempercepatkan perbelanjaan beberapa projek infrastruktur, tambahnya.

-Reuters

Berita Harian X