Jumaat, 6 March 2020 | 12:00pm
Pertubuhan Negara Pengeskport Minyak (OPEC). - Foto REUTERS
Pertubuhan Negara Pengeskport Minyak (OPEC). - Foto REUTERS

OPEC cadang kurangkan pengeluaran 1.5 juta minyak sehari

VIENNA: Pertubuhan Negara Pengeskport Minyak (OPEC) meninjau untuk mengurangkan jumlah output minyak mentah yang lebih besar daripada jangkaan.

Langkah itu untuk menyokong harga komoditi itu yang terjejas teruk berikutan penularan COVID-19.

Cadangan OPEC untuk membendung bekalan dengan tambahan 1.5 juta tong sehari (bpd) hingga akhir 2020 adalah kejutan, memandangkan kumpulan itu dijangka mencadangkan pengurangan satu juta bpd, dengan kekangan itu terhad sehingga suku kedua.

Bagaimanapun, mesyuarat tidak rasmi luar biasa menteri OPEC di Vienna pada Khamis mengumumkan bahawa kumpulan itu kini mahukan pengurangan itu, yang mana sudah menjadi yang terbesar sejak krisis kewangan 2008, untuk dilaksanakan hingga akhir tahun.

Russia dan Kazakhstan, anggota kumpulan yang dikenali sebagai OPEC+, yang bertemu di Vienna pada Jumaat, berkata mereka belum lagi bersetuju dengan pengurangan yang lebih besar itu, sekali gus meningkatkan risiko kegagalan kerjasama yang meningkatkan harga minyak mentah sejak 2016.

OPEC+ sudah ada perjanjian untuk pengurangan 2.1 juta bpd.

OPEC berkata, selepas mesyuarat rasmi menteri pada Khamis, pasaran menghadapi "keadaan belum pernah terjadi sebelumnya" memandangkan usaha untuk menghentikan penyebaran COVID-19 mengurangkan permintaan terhadap minyak dengan menjejaskan aktiviti ekonomi di seluruh dunia.

Riyadh, pengeluar terbesar OPEC, telah mendesak pengurangan ketara untuk meningkatkan harga minyak yang sudah jatuh sebanyak 20 peratus sejak awal tahun.

Bagaimanapun, ia berdepan kesukaran untuk mendapat persetujuan Moscow.

Menteri Kewangan Russia, Anton Siluanov, berkata pada Khamis bahawa beliau untuk kejatuhan harga minyak jika tiada persetujuan.

Menteri Tenaga Kazakhstan, Nurlan Nogayev, satu lagi pengeluar bukan OPEC, berkata rundingan hanya memberi tumpuan kepada memperluaskan kekangan sedia ada sehingga Jun.

"Moscow mungkin salah jangka bahawa Arab Saudi mungkin bersedia untuk menarik diri jika tidak mendapat jawapan yang positif,” kata Amrita Sen, Pengasas Bersama Energy Aspects.

Russia teragak-agak dalam rundingan sebelumnya dan kemudiannya menandatangani perjanjian pada saat akhir.

Bagaimanapun, sumber OPEC berkata, rundingan dengan Moscow kali ini menjadi lebih sukar.

Dua sumber OPEC berkata pada hari Khamis bahawa, jika Russia gagal mendaftar, terdapat risiko Arab Saudi akan mendesak membatalkan had pengeluaran OPEC sama sekali.

Selepas mesyuarat rasmi menteri, menteri OPEC menyatakan bahawa negara bukan OPEC dijangka menyumbang 500,000 bpd kepada keseluruhan pengurangan tambahan pengeluaran.

Menteri Tenaga Emiriah Arab Bersatu (UAE), Suhail al-Mazroui, berkata OPEC tidak mahu menanggung beban pengurangan saja sendirian dan negara bukan OPEC perlu membantu.

“Kita semua berada dalam ini bersama-sama. Jadi, bukan kita saja dalam membuat keputusan,” katanya.

Arab Saudi, pengeksport minyak tertinggi di dunia, sudah mengurangkan melebihi kuota di bawah pakatan sedia ada, mengurangkan pengeluarannya sebanyak kira-kira 10 peratus.

Russia dengan jumlah pengeluaran yang lebih besar, telah mengurangkan pengeluarannya dengan sebahagian kecil daripada pengurangan Riyadh. - Reuters

Berita Harian X