Isnin, 23 March 2020 | 5:04pm

COVID-19: ANGKASA saran koperasi kredit tawar moratorium kepada anggota terjejas

KUALA LUMPUR: Sebanyak 580 koperasi kredit dan perbankan komersial termasuk bank koperasi yang menggunakan perkhidmatan Sistem Potongan Gaji Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) disaran menawarkan moratorium sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan.

ANGKASA dalam kenyataan hari ini berkata, penangguhan sementara bayaran ansuran bulanan itu perlu dipertimbang berikutan pelanggan yang terdiri daripada pekerja syarikat berkaitan kerajaan atau swasta mungkin akan terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan berbanding pelanggan di sektor awam.

“ANGKASA menyambut baik keputusan oleh bank komersial termasuk bank koperasi yang akan melaksanakan moratorium sehingga enam bulan dan memohon supaya ia turut diperluaskan kepada koperasi yang melanggan perkhidmatan kewangan mereka,” menurut kenyataan itu.

Koperasi yang bercadang membenarkan penangguhan ansuran bayaran balik boleh mengemukakan surat rasmi menerusi emel [email protected]. - BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X