X
Rabu, 8 April 2020 | 12:01pm
Ketua Perbendaharaan, Josh Frydenberg.
Ketua Perbendaharaan, Josh Frydenberg.

COVID-19: Australia jangka lulus pelan menyelamat pekerjaan RM347.8 bilion

SYDNEY: Parlimen Australia dijangka meluluskan pelan menyelamat pekerjaan bernilai A$130 billion (RM347.8 bilion), jumlah terbesar dalam sejarah, selepas kerajaan meneruskan usaha menangani impak COVID-19 ke atas ekonomi.

“Ia tidak pernah berlaku sebelum ini dalam skala dan ruang lingkupnya. Sekitar 6 juta pekerja akan mendapat manfaat dan kekal dengan pekerjaan mereka,” Ketua Perbendaharaan, Josh Frydenberg dalam temubual menerusi televisyen.

“Pakej berkenan akan membantu membina jaringan hubungan kedua-dua pihak.”

Sokongan itu menyaksikan kerajaan akan membayar subsidi upah A$1,500 (RM3,997) setiap dua minggu bagi seorang pekerja untuk membantu perniagaan mengekalkan tenaga kerja.

Ia adalah langkah terkini Perdana Menteri, Scott Morrison bagi memastikan ekonomi mampu bertahan dalam krisis kesihatan dan perniagaan seperti restoran, kelab, kasino dan pawagam dibenarkan dibuka semula.

Sejak COVID-19 muncul, kerajaan konservatif tidak merancang untuk meneruskan rancangannya untuk mengembalikan serta mengekalkan belanjawan lebihan.

Sebaliknya, menyuntik beberapa rangsangan yang tidak perlu berlaku dalam ekonomi untuk mengelakkan negara itu terjerumus ke dalam kemelesetan jangka panjang.

Pakej rangsangan fiskal dan monetari keseluruhan kini melebihi A$320 bilion (RM852.8 bilion) atau 16.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Australia.

Pelan menyelamat pekerjaan dijangka diluluskan pada Rabu dalam sidang khas Parlimen dengan kekurangan jumlah ahli dewan rakyat.

Sementara itu, pemimpin pembangkang Parti Buruh, Anthony Albanese berkata, beliau akan menentang langkah kerajaan itu dengan menggesa lebih sejuta pekerja tidak menerima manfaat yang ditawarkan itu.

Dalam langkah rangsangan ekonomi lain, Morrison mengumumkan bahawa kerajaan akan memastikan kos penjagaan kanak-kanak percuma untuk membantu pekerja kekal bekerja.

Semalam, beliau berkata, kod amalan baharu industri bagi sewaan komersial akan diperkenalkan bagi memberi bantuan kepada syarikat terjejas disebabkan COVID-19.

Sebarang pengurangan pendapatan syarikat kecil dan sederhana akan menjadi cerminan kepada penurunan jumlah sewa yang perlu dibayar, katanya.

Walaupun, kerajaan Morrison mampu berbuat demikian, segelintir ahli ekonomi menjangkakan kadar pengangguran melonjak kepada 12 peratus dari 5.1 peratus pada Februari, selepas ratusan ribu pekerja berpotensi diberhentikan di tengah-tengah penutupan operasi.

Bank pusat negara berkenaan turut mengurangkan kadar faedah kepada 0.25 peratus dan menukar operasi pembelian bon. - Bloomberg

Berita Harian X