Khamis, 30 April 2020 | 10:54pm
Bank Negara Malaysia (BNM)
Bank Negara Malaysia (BNM)

Peminjam pilih moratorium tidak perlu buat permohonan - BNM

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan bahawa peminjam tidak perlu membuat permohonan bagi moratorium.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, peminjam hanya perlu menyelesaikan dokumentasi yang diperlukan bagi memberikan kuasa undang-undang ke atas moratorium.

"Peminjam akan dinasihatkan oleh bank mengenai beberapa langkah ringkas seterusnya bagi melakukannya," katanya.

BNM berkata, moratorium bertujuan untuk memudahkan aliran tunai peminjam yang terkesan oleh pandemik COVID-19.

Tegasnya, seperti pengumuman pada 25 Mac lalu, peminjam dinasihatkan bahawa faedah atau keuntungan akan terus terakru ke atas bayaran tertunggak dan mereka perlu menimbangkannya sebelum mahu mengambil moratorium.

"Pelanggan yang tidak mahu mengambil moratorium boleh berbuat demikian dengan memaklumkan bank masing-masing," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X