Jumaat, 22 Mei 2020 | 8:37pm
Bank Negara Malaysia (BNM)
Bank Negara Malaysia (BNM)

Rizab antarabangsa BNM meningkat sedikit

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$102.6 bilion pada 15 Mei, 2020 daripada AS$102.5 bilion yang dicatatkan 30 April 2020.

Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata kedudukan paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa setakat 15 Mei 2020 terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$95.1 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$2.0 bilion), dan lain-lain aset rizab (AS$3.2 bilion).

Aset termasuk emas, pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR, yang berjumlah RM444.05 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM10.03 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM5.75 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.79 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset lain (RM14.89 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM163.80 bilion), mata wang dalam edaran (RM125.41 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM152.91 juta), deposit Kerajaan Persekutuan (RM2.15 bilion), deposit lain (RM15.69 bilion), kertas Bank Negara (RM16.50 bilion), peruntukan SDR (RM7.87 bilion), dan liabiliti lain (RM2.23 bilion).

-BERNAMA

Berita Harian X