Isnin, 25 Mei 2020 | 3:32pm
Bank pusat Singapura membiarkan mata wang menjadi lemah untuk menyokong eksport - Gambar fail AFP
Bank pusat Singapura membiarkan mata wang menjadi lemah untuk menyokong eksport - Gambar fail AFP

Dolar Singapura terus berada dalam tekanan

SINGAPURA: Mata wang Singapura dijangka kekal berada di bawah tekanan dengan ketidaktentuan global mengatasi manfaat diterima daripada pelonggaran perintah berkurung di seluruh negara itu.

Data minggu ini dijangka menunjukkan ekonomi negara itu menguncup 1.8 peratus tahun ke tahun pada suku pertama, demikian menurut anggaran median ahli ekonomi dalam kaji selidik Bloomberg.

Mata wang negara Asia Tenggara itu mengalami tekanan daripada kesan negatif COVID-19 yang dibawa ke dalam ekonomi Singapura dan turun lebih daripada lima peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tahun ini.

Kerajaan mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan susut satu hingga lima peratus pada tahun 2020.

"Kami melihat cabaran besar untuk dolar Singapura, memandangkan Singapura adalah salah satu ekonomi paling terbuka di rantau ini," kata ahli strategi Standard Chartered Plc, Divya Devesh.

"Memandangkan prospek pertumbuhan global dan perdagangan global yang lemah, di samping penurunan mendadak Indeks Pengurus Belian (PMI) pembuatan global, kami menjangkakan peningkatan dalam eksport domestik bukan minyak Singapura baru-baru ini akan berubah arah."

Eksport negara itu meningkat secara tiba-tiba untuk bulan kedua berturut-turut pada April, terutama disebabkan oleh lonjakan sektor farmasi, menurut data yang dikeluarkan pada 18 Mei.

Kerajaannya menyatakan bahawa penghantaran itu adalah tidak stabil dan berubah-ubah dalam beberapa bulan.

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan mata wang tempatan itu berada dalam tekanan adalah kesediaan yang ditunjukkan oleh Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) untuk membiarkan mata wang itu menjadi lemah pada keputusan dasarnya pada 30 Mac lalu.

Ini dalamnya usaha untuk menyokong ekonomi negara itu yang bergantung kepada perdagangan.

Bank pusat Singapura itu tidak menetapkan kadar, tetapi menguruskan mata wangnya berbanding rakan dagang utama sebagai alat dasar.

Kadar tukaran efektif nominal dolar Singapura, yang menjadi fokus MAS, memulakan Mei pada tahap yang sama dengan ketika dasar Mac diputuskan, menunjukkan bahawa masih ada ruang untuk mata wang itu untuk terus melemah.

-Bloomberg

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X