Jumaat, 31 Julai 2020 | 6:32pm
Kerajaan mengumumkan bantuan bank bersasar dan lanjutan moratorium kepada peminjam yang layak.
Kerajaan mengumumkan bantuan bank bersasar dan lanjutan moratorium kepada peminjam yang layak.

Syor bank bina pangkalan data individu terjejas

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan bank dicadang mewujudkan pangkalan data yang boleh memberikan input tepat mengenai jumlah individu yang terjejas dan layak mendapat bantuan bank bersasar serta lanjutan moratorium.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Dr Abdul Halim Husin, berkata ini bagi membolehkan golongan yang terjejas dapat dikenal pasti kerana masih ramai yang tidak mendapat moratorium bersasar ini.

"DPMM berpendapat bahawa kesukaran golongan yang terbabit mendapat perhatian kerajaan. Mereka yang terjejas akibat COVID-19, kehilangan pekerjaan dan masih gagal mendapatkan kerja mestilah dibantu.

"Pangkalan data ini juga boleh membantu individu yang mempunyai pendapatan tetapi terjejas dengan COVID-19. Begitupun, saya menasihatkan mereka supaya memberikan butiran yang jelas bagi membantu pihak bank," katanya kepada BH.

Abdul Halim berkata, DPMM juga berbesar hati atas keprihatinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan penstrukturan semula kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Beliau berkata, langkah sedemikian amat penting bagi pihak industri untuk mendapat balik aliran tunai supaya ia akan bersesuaian dengan pembayaran balik.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X