Rabu, 19 Julai 2017 | 9:50am

Saham Asia meningkat

SYDNEY: Dolar Amerika Syarikat (AS) terus bertahan hari ini, sementara keyakinan terhadap ekonomi China menyokong saham Asia dan komoditi.

- Gambar hiasan

Mata wang AS itu menghampiri paras rendah dalam tempoh beberapa bulan selepas kegagalan Parti Republikan untuk memulihkan semula penjagaan kesihatan yang mana menjejaskan kemampuan Presiden AS, Donald Trump untuk meluluskan pengurangan cukai dan perbelanjaan infrastruktur.

Pengurangan prospek perbelanjaan fiskal melonjakkan bon, terutama perangkaan inflasi yang lemah mengurangkan risiko Rizab Persekutuan AS untuk secara agresif mengurangkan pakej rangsangan ekonominya.

Justeru itu, hasil nota Perbendaharaan 10 tahun AS jatuh kepada 2.266 peratus, sekali gus mencatatkan kejatuhan 13 mata asas dalam tempoh lebih seminggu.

Di Asia, indeks meluas saham Asia Pasifik MSCI di luar Jepun naik 0.16 peratus pada awal dagangan ke paras tertinggi sejak April 2015.

Indeks utama Australia meningkat 0.7 peratus, tetapi pengukuhan yen menyebabkan Indeks Nikkei jatuh 0.1 peratus. - Reuters

Berita Harian X