Jumaat, 4 Ogos 2017 | 7:03pm

Harga minyak susut kepada AS$51.92 setong

SINGAPURA: Pasaran minyak sedikit berubah hari ini apabila minyak mentah Amerika Syarikat (AS) kekal berada di paras AS$50 setong, berikutan tekanan daripada peningkatan pengeluaran AS serta OPEC.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS diniagakan AS$48.95 setong pada 0707 GMT, turun 8 cents, atau 0.1 peratus, daripada penutup terakhir dan ditetapkan untuk turun 1.5 peratus minggu ini.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$51.92 setong, turun 9 cents, atau 0.2 peratus, daripada penutup terakhir dan ditetapkan untuk turun 1.0 peratus minggu ini.

Peniaga berkata, harga tertekan dengan peningkatan output, walaupun permintaan yang kukuh menghalang penurunan yang lebih besar.

"Perkembangan minggu ini menyaksikan beberapa pesimisme kembali ke pasaran," menurut National Australia Bank. "Kami meramalkan Brent untuk didagang pada sekitar AS$53 setong pada suku keempat 2017."

Bank Barclays menjangkakan pembetulan harga pada aliran menurun pada suku ini, namun Brent dilihat berada pada purata AS$54 setong pada suku keempat.

Eksport minyak mentah Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) naik ke rekod tertinggi pada Julai, menurut laporan Thomson Reuters Oil Research minggu ini.

Sebanyak 26.11 juta tong sehari pada Julai untuk eksport mencatatkan kenaikan 370,000 bpd, kebanyakannya dari Nigeria yang mencatatkan peningkatan 260,000 bpd dalam penghantaran. - Reuters

230 dibaca
Berita Harian X