Selasa, 8 Ogos 2017 | 9:52am

Bursa Malaysia dibuka mantap

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini lebih tinggi berikutan pemulihan permintaan di tengah-tengah sentimen pasaran positif, kata pedagang.

Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.04 mata pada 1,778.95 berbanding 1,777.91 penutup Isnin.

Penanda aras itu dibuka 0.64 mata lebih tinggi pada 1,778.55.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 100 berbanding 56 dengan 171 kaunter tidak berubah, 1,506 tidak didagangkan dan 22 yang lain digantung.

Pedagang berkata, sentimen disemarakkan oleh pengumuman memberangsangkan berhubung rizab tukaran asing Malaysia yang menokok kepada AS$99.4 bilion (RM427 bilion) setakat 31 Julai 2017 berbanding AS$99.1 bilion (RM425.4 billion) yang dicatat 14 Julai 2017. - BERNAMA

Berita Harian X