Selasa, 29 Ogos 2017 | 9:38am

S&P 500 dan Dow sedikit berubah

NEW YORK: S&P 500 dan Dow berakhir dengan sedikit perubahan semalam, dengan saham tenaga dan bank lebih rendah berikutan taufan Harvey yang melanda hab tenaga Amerika Syarikat (AS) di Texas.

Sementara teknologi dan penjagaan kesihatan memberikan rangsangan lebih mudah untuk Nasdaq.

Taufan Harvey kini paling kuat melanda selatan AS, dalam tempoh lebih 50 tahun.

Niaga hadapan minyak mentah AS jatuh 2.5 peratus kepada AS$46.68 setong berikutan kebimbangan penutupan kemudahan penapisan yang boleh mencetuskan peningkatan dalam inventori minyak mentah.

Pengendali insurans pelancongan paling terjejas ke atas Dow dengan susut 2.6 peratus kepada

AS$123.23, manakala Allstate jatuh 1.5 peratus kepada AS$90.65 berikutan kebimbangan pelabur terhadap kesan Harvey ke atas sektor berkenaan.

Sektor kewangan S&P 500 turut terjejas dengan penurunan 0.5 peratus.

Dow Jones Industrial Average susut 5.27 mata atau 0.02 peratus untuk ditutup pada 21,808.4, S & P 500 naik 1.19 mata atau 0.05 peratus kepada 2,444.24.

Komposit Nasdaq pula menambah 17.37 mata atau 0.28 peratus kepada 6,283.02 disokong oleh kenaikan dalam Apple dan Gilead Sciences. - Reuters

Berita Harian X