Rabu, 13 September 2017 | 10:48pm
- Gambar hiasan

Wall Street dibuka rendah sedikit

NEW YORK: Saham Wall Street dibuka lebih rendah berbanding paras tertinggi yang dicatatkan semalam selepas data Amerika Syarikat (AS) menunjukkan kadar inflasi kekal tinggi, sekali gus menimbulkan kemungkinan untuk kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed).

Saham AS melonjak minggu ini dengan tiga indeks utama ditutup kepada paras tertinggi pada Selasa disokong kebimbangan yang semakin berkurangan terhadap Korea Utara dan bantuan yang diterima susulan dibadai Taufan Irma.

Mengenai kenaikan itu, penganalisis berkata ekuiti AS berada pada sentimen pengambilan untung.

Sekitar 20 minit didagangkan, Purata Perindustrian Dow Jones susut sedikit kepada 22,114.52.

Indeks S&P 500 jatuh 0.1 peratus kepada 2,493.97, sementara Indeks Komposit Nasdaq susut 0.3 peratus kepada 6,434.42.

Harga jualan borong AS menyederhana pada Ogos, namun ia 0.2 peratus tinggi, rendah sedikit daripada kenaikan 0.3 peratus yang dijangka penganalisis.

- AFP

97 dibaca
Berita Harian X