Khamis, 14 September 2017 | 10:23am

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menyaksikan tekanan jualan menyaksikan FBM KLCI jatuh ketara pada awal dagangan apabila dagangan bersambung semula hari ini selepas cuti Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada 9.05 pagi, FBM KLCI susut 44.30 mata kepada 1,802.21.

Saham rugi termasuk George Kent (M) Bhd, Gamuda Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd, My E.G. Services Bhd, Axiata Group Bhd, CIMB Group Holdings Bhd, Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd, Cahya Mata Sarawak Bhd, Kuala Lumpur Kepong Bhd dan Gabungan AQRS Bhd.

Pasaran saham ditutup pada Rabu sempena PRU14, serta Khamis dan Jumaat yang diumumkan sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

167 dibaca
Berita Harian X